Jumaat, 9 Mac 2012

Cerpen cacatan hati seorang Serikandi

Muslimah ibarat permata yang berkilau..Sukar untuk memperolehinya.

       Jam menunujukkan 4 pagi..Alia dengan terus menuju ke bilik air..untuk mengambil wudhu'..dalam hati nya timbul kerinduan ingin berjumpa dengan PenciptaNya...
"Ina..jom solat tahajud..."Alia mengejut sahabat karibnya yng sedang nyenyak tidur..."Ala...ko solat la...aku ngantuk la..baru je sejam aku tidow.."Alia sedikit pun tidak berkecil hati malah jauh disudut hatinya dia tetap tidak putus asa untuk mengajak sahabatnya serta kawan2 yang lain untuk bangun malam...

  Setelah selesai solat..Alia beristighfar...berulang kali2 dan berzikir dengan nada yang sayup..merendah diri..,Alia bersyukur kerana dia masih bernyawa dan diberi peluang untuk bertaubat..Tanpa disedari air matanya mengalir kerana mengenangkan dosa2 nya sewaktu remaja dahulu.Dia menangis memikirkan dosa2 terdahulu..."Ya Allah...ampunkanlah dosa2 ku ya Allah..."Setitik demi setitik air matanya jatuh ke pipi..Malam itu penuh dengan kesyahduan..Dilimpahi dengan air mata yng penuh keinsafan.
    Alia masih teringat sewaktu dia berada di tingkatan 2,pendek kata waktu itu lah masa untuk zaman remaja mengenal cinta..Alia sedih mngenangkan zamanya sewaktu remaja...Waktunya dihabiskan dengan berkasih dengan laki yng bukan halal buatnya..bergayut dalam telefon sehingga dua tiga pagi dimana sepatutnya waktu itulah Allah dekat dengan hamba2Nya.Ada kalanya menangis..adakalanya semangat...adakalanya gembira...Semakin meningkat umurnya,Alia semakin berani untuk bertukar pasangan..Sekejap dengan orang tu,sekejap dengan orng nie..Bila terkenangkan kisah silamnya..Alia merasakan dirinya tidak suci...Die dah cemarkan cinta yang suci iatu cinta nya terhadap suaminya nanti..Jauh disudut hatinya...die merasakan dirinya..jijik sangat...Alia masih ingat lagi..Sewaktu form 3,die serta pasangan digelar "HOT COUPLE"...Astarfirugllah.....air matanya semakin laju membasahi pipi...Dia  meluahkan semuanya pada Allah..Dia tahu Allah maha mengetahui hati2 hambaNya.

     Selesai solat tahajud..Alia duduk bertasbih..SUBAHALLAH..ALHAMDULLILAH..ALLAHU AKHBAR..dengan perasan yng sayup dan merendah diri..Alia kemudiannya mengambil senaskah AlQuran dan menbacanya dengan bertajwid.Dia masih ingat lagi kata2 Ustazahnya dalam kelas tilawah

"Ape gunanya kalau kita mengaji 15 muka surat ayat Alquran,kalau tajwid salah dan bacaan tunngang langgang macam kereta api.?Tetapi walaupun kita baca satu ayat,namun betul dengan tajwidnya..InsyAllah itu lagi bgus."Alia sangat berhati2 dalam pembacaannya..biarkan lambat,asalkan tajwid betul dan kita faham ape yng ayat itu sampaikan..

    Kini usia Alia meningkat 20 tahun,dia merasakan perlunya perubahan pada dirinya..dan perlu bimbingan Allah..Dia mencari dan terus mencari setiap ilmu yang diamanahkan Allah.Dia bersyukur kerana dia masih diberi peluang yang kedua untuk memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukannya,dia tidak ingin mencemarkan cinta yang suci.Cintanya hanyalah untuk Allah s.w.t dan Rasul s.a.w.Alia bersyukur kerana disekelilingnya mmpangaruhi dirinya untuk melakukan kebaikan seperti usrah..talaqi ,riadhah dan recitation Al Quran.Jiwanya semakin tenang dan dekat kepada Allah

Allah berfirman ; "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan 'zikrullah'. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu , tenang tenteramlah hati manusia"
(Surah Ar-Rad:28 )

    Hari2nya depenuhi dengan penuh keimanan dan ketakwaan..Dia bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk bertaubat.Walaupun jauh disudut hatinya..dia tidak layak untuk dijodohkan dengan lelaki soleh.Namun dia akui bhawa jodoh itu ditangan Allah..Ape yng mampu Alia lakukan ialah..berusaha mendekatkan diri kepada Allah dan dia sentiasa mnjaga hubunganya dengan Allah.

Firman Allah Taala :

     “Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah: 165) 

Ya Allah...Andai masanya belum tiba...Jngn izinkan aku untuk bercinta..


"A woman’s heart should be so lost in God that a man needs to seek Him in order to find her"

بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah Ya Ilahi,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama & akhlak yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,
cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah Ya Mujiib,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah & mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah Ya Hakiim,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah & iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah Ya 'Aliim,
Andai aku bukan tercipta untuknya,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin




"Sometimes the best & the most beautiful
things in the world cannot be seen,
cannot be touched,
but can be felt in the heart"

Jumaat, 2 Mac 2012

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati?

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.
Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?
Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,
Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, k



Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.
ita pasti akan terjebak dalam "couple".Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang s
alah?
Jodoh?
Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?
Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?
Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan
sebaik-baiknya
Mari Menjadi Hamba kepada pencipta
Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.
Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, ber
usahalah Untuk Menyihatkan IMAN!
Jangan terlalu fikirkan cinta
Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.
Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU."

Ahad, 15 Januari 2012

~Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha mengasihani~

    Alhamdullilah...syukur...kehadrat Ilahi.Pada 14 jan..Telah berakhirnya EXAM math 1 SHE1114..hehhe..suka sangat..Alhamdullilah..dapat jawab semua...Urm..tapi kan...Rasa sedih plak.yela dulu kelas semua laki..Sekrng  pun ramai gak laki..tapi tak sepenuhnya..huhu..




       Tengok list name tue..Semua laki kecuali saya sorng..Hhuhu...Rindu sangat nak kelas sama lagi....tapi apakan daya...bila kelas dengan laki..cabaran tue sangt kuat....ok..^_^

HELLO SEM3.....^_^

    ok..kali nie...saya nak citer pasal sahabat saya dalam sem3 ....Dulu sama gak kelas..tapi xla rapat sangat..Kali nie..Dah sama kelas..Yess....syukur sangat kat Allah...Kurniakan seorng sahabat..yang lembut..peramah...cantik lagi tue.....Jngn jeles ke...Uhibbuki Fillah Abadan Abada~

Siti Nadhirah yang sangat comel...

Saya rasa saya dah gemuk ok!!



      Hhahah..comel tak kawan saya..hehehheheh....Semoga ikatan kita berkekalan...InsyA'Allah...Nad..Sayang kamoo..Pastu dapat gak kenal ngan member roomate nadhirah....Ezzah yana Dan syakira..Semua budak bio..fuhhhhhhh..hebat giler....

Jumaat, 6 Januari 2012

Revision Mathematics SHE1114 for Reseat..

 ~Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Mengasihani~

       Assalamualaikum viewers..^_^ Kaifa haluka...hehheh..Ok..Xpyah ngada2 yer sakinah.berbahasa arab plak...Ok kali nie.Saya nak share kat kawan2 saya yang akan reseat balik Mathematics SHE114..Nie bukan repeat tau..cuma reseat balik..Disebabkan ada hal2 yang saya sendiri pun tak tahu..hehhehe.So mebi diantara kawan2 yang dah study math kan..hehhe..Saya pun study sikit2 jer...Urm..Sabtu depan 14/1..seramai beribu (bilangan yang saya tau) akan menduduki peperiksaan Mathematics....Semoga berjaya...^_^
Buku yang saya  perlukan sekarng heheh..
Math..Be nice to me ^_^

       Ok..Dibawah saya listkan tajuk yng kita belajar masa Final aritue...

CHAPTER 5 FUNCTIONS AND GRAPH
         5.6 OPERATIONS ON FUNCTIONS
         5.7 ONE TO ONE FUNCTIONS : INVERSE FUNCTION

CHAPTER 6 POLYNOMIAL FUNCTIONS

CHAPTER 7 RATIONAL FUNCTIONS

CHAPTER 8 EXPONENTIAL AND LOGARITHMIC FUNCTIONS

CHAPTER 9 SYSTEM OF EQUATIONS

Jom kita bincang cikit..hehhe Boleh??

Dalam Chapter 5 Functions and graph..
Ape yng penting dalam tajuk nie..
~Quadratic functions (macam form 5 je kan..hehhe kena tau mcamna nak completing the square method,find the vertex,axis of symmetry rujuk m/s 140----------------->(Dalam final soalan 1)

Nie soalan final dulu..Sape nak rujuk..boleh la rujuk..^_^
~Composite function (tau kan macamna nak gabungkan function boleh rujuk kat buku math m/s 150)

soalan nie berkaitan dengan composite function dan juga inverse functions
~One to one Functions : Inverse
  Tajuk nie korang kene tahu macamna nak inversekan function dan buat graph dia
  Selain tue kena mahirkan nak cari domain dan range ^_^

Chapter 6 Polynomial Functions

Tajuk nie...Kene mahirkan 
1)Long divison
2)Synthetic Division
3)Using Descartes' Rule
4)Solving polynomial Equation---------------------------->Paling    penting...
5)Graphing Polynomial Function--------------------------->Nie pun penting..
         Q3 (a)Find the quotient and reminder
(b)Solving polynomial equation
Q4 (a)Find the remaining zeros

Contoh soalan polynomial functions
Selain tue..Sila mahirkan macamna nak lukis Polynomial function
1)Find the x and Y intercept
2)Determine whether it crosses or touches
3)Determine the end behavior
4)Determine number of turning point
5)use the x intercept to find the interval (Nak tentukan graph above or below)
6)Plot  graph..
Contoh soalan Quiz how to skecth graph..
SELAMAT MENCUBA ^_^

Chapter 7 Rational Functions

~Graphing Rational Functions (refer m/s 205)--------------------------------->IMPORTANT!!
1)Find the x intercepts
2)Find the vertical asymptotes
3)Find the y intercept
4)Find oblique or horinzotal asymptote
5)Find the intersections (Oblique or horizontal)
6)Buat intervals

Chapter 8

~Exponential Functions
~Transformations of Exponential Functions
nie contoh note saya..If kawan2 tak phm..Sorry..
Mebi x clear sebb dah lama dah..Kalau korang nak senng ingt buat lah note..Tapi bab kawan saya
cakap..buat ape buat note kalau x fham..heheh

Nie contoh soalan transformation.
~ Logarithmic Functions


~ Graphing Logarithmic Functions
 Tajuk nie saya takde contoh soalan but you all can refer kat buku teks (m/s 228)
 ~ Exponential and Logarthmic Equations
Tajuk nie ape yang saya boleh explain..Kene bnyak buat Latihan..
Bak kata Sir saya LOG is Easy as ABC..Boleh pergi boleh balik..^_^ ayat tue mmg mncabar saya kan..hehe

Chapter 9 System of Equations
~Properties and operation of matrices
~Determinants/Minor and Cofactor---------------->Study elok2..takut keliru pulak~
~Properties of determinant (Semua ada 3 properties)
Contoh soalan dterminant

  ~Elimination method
  ~Gaussian Elimination
  ~Gauss-Jordan Elimination 
  ~Cramer's Rule
Contoh soalan gauss-jordan method 



Contoh soalan cramer's
   ~Inverse By Adjoint method and Row operation

     Ok....Akhirnya tamat jugak...Sorrylah..Kalau ada salah taip ke or anything .heheh
Saya syorkan kene bnyak2 buat lathan and tengok semua soalan quiz n Tutorial..Semua tue dapat membantu kita semua...Lepas semua dah usaha .....Yang hnya tinggal sekarang Tawakal..Masih tak terlambat lagi nak ingatkan balik..InsyAllah~

  Rasulullah SAW memuji sifat tawakal, sabda baginda :
“Kalaulah kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Keluar di waktu pagi dalam keadaan kempis dan pulang dalam keadaan kenyang”.

Saya sayang kamoo..Wahai Mr.Math...I luve u ^_^


Memg bersepah~^_^

Rabu, 4 Januari 2012

Saya tak cukup mampu :(

~Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha penyanyng~

       4 JANUARY....left 6 day..hari lahir saya...10 january merupakan hari yang saya paling tak sabar..Sebb aper yer.??ngee....Sebab hari lahir saya...kan?alhamdullilah..Semalam selesai gak masalah saya...mesti semua tertanya2 masalah ape...Sebanarnya ic saya rosak disamping tu,umur saya kan dah 19 tahun,so kenala tukar ic..Nanti kene denda plak..kan susah..beratus-ratus kene bayar...Lagipun...saya nak buka akaun pun xdapat..
sebab cip ic rosak dah...hehehhe
Masa nak tangkap gambar tue..Alamak..~die suh saya pakai tudung hitam...Suh tukar..aduhh....saya pun tukar la....memg leceh kan???
lepas siap tue..die bgi slip ic sementara..NAK TENGOK???

macamna la muka saya nanti kan???
Tutup pasal ic..Oky pagi nie saya nak cerita pasal diri saya..Not fully..tapi aper yng saya nak ok...
{Berangan------------------------>kalau la ada seseorng yang boleh tunaikan impian saya} HEhehehehe

         HERBALIFE ..First time bila saya dengar perkataan nie..Masa tue ada karnival kat dewan al malik faisal Hall kat uia..Kira ada gerai la..cam jualan...Thanks Izzah,member saya yng ajak saya g cek berat n tinngi n tahap kesihatan diri..Saya pun pergila...sebnarnya..tak caya pun..Ngeee....Yela...produk langsingkan badan kan..???
Saya mmg tak cayer...pastu lepas check...alhamdullilah die kata  BMI saya normal..YESS!!!!hehheheeh~awesom...
Balik jer dorm saya cerita kat roomate...Nasib baiklah roomate pun berat badan dioerng ideal.hehehe..
Dari gerai Herbalife tue la..Saya thu pasal herbalife...Saya jadi semngat nak Join..Sebab saya xkan promote kat orng kalau bende tue ada bhan kimia,and merosakkan sel2 badan kita..N yang plng penting HERBALIFE nie nutrition...

Shake F1..ada macam2 perisa~Sedap sangat...^_^
Mengikut hamba Allah nie...F1 nie mempunyai kelebihan tersendiri mengikut perisa..huhuhu
1. Strawberry - amat bgs utk kaum wanita..utk kulit lagi cantik dan mulus...bgs utk sistem dalaman tubuh..

2. Cappucino - amat bgs utk org yg ada mslh kencing manis sbbnye dalamnye ada fiber dan kurang gula.

3. Chocolate - amat bgs utk org yg inginkan tenaga.
4. Tropical fruit - amat bgs utk anak2 yg tak suka mkn buah2an n lg bagus tuk yg ade masalah sembelit.

5. Vanilla - sebagai tambahan..lemak2 berkrim ke dalam smua shake.


Sedap sangat-sangat ^_^
Ok saya tak nak cerita lebih2..heheheh~

So sejak tue..saya mnt sagat nak ceburi herbalife...Hehehhe...Setiap hari saya updated status semuanya mengenai HERBALIFE...but still now..saya bukan ahli lagi..huhuhu....Sebab kalau boleh saya nak cari seseorng yang betul2 serias dengan herbalife..Sebab senng kan kalau ada patner yang sah..hheheheheh...(Sebar ye sakinah..belajar pun tak habis lagi...ahaks..)Bukan aper...saya mmg semngat..tapi biar ada seseorng yang bntu and support kan...!!
Kadang2 saya mngis sendirian..Camner yek nak start herbalife...~Mak cakap..tak pyahla pikir...Awak kan belajar lagi...Tapi saya nak jadi sakinah yang boleh face semua keadaan dan berdikari....Apepun..Saya sayng Allah..Allah tahu aper yang terbaik buat diri saya....--------------------------->Itulah impian saya ^_^

Selamat malam dan pagi..heheh...
Salam alaik' <3

 

Selasa, 3 Januari 2012

Hijab Cinta-Mu


Hijab Cinta-Mu

Kecantikan itu bukan diukur,
Pada nilai kain yang melindungi rambutmu,
Pada kain yang membaluti tubuhmu,
Bukan juga pada warna-warni fesyen terkini gayamu,
Bukan juga pada ketinggian tapak kasut pada tumitmu.
Kecantikan itu bukan terlihat,
Pada maskara di bulu matamu yang lebat,
Pada pemerah di pipimu yang memikat,
Pada gincu dan lip gloss merah melekat,
Bukan juga pada bedak maybelline yang menjadi teman rapat.
Kecantikan itu tidak harus diserlah,
Pada baju berwarna terang di kulitmu yang cerah,
Pada kain singkat terangkat terdedah,
Pada kain nipis yang tembus cela,
Bukan juga pada suara yang lenggok bermadah.
Sungguh kecantikan itu sering disalah tafsir,
Pada mata yang melihat zahir, bukan hati dan akal yang berfikir,
Hinggakan kecantikan itu hilang makna dan rasa,
Hingga jiwa kerap jemu dan berubah.
Hingga nafsu kerap jatuh rebah!
Cantik itu bermakna,
Pada mata menawan pandangannya selalu tunduk,
Pada wajah yang selalu basah di kala wudhu,
Pada bibir berzikir tawadhu,
Pada nafsu, Iman memujuk,
Cantik itu bahagia,
Pada jasad amanah sebaiknya dijaga ,
Pada suara mengajak berdakwah,
Pada baju labuh menjaga maruah,
Pada cinta yg hak terpelihara.
Justeru,
Sabar mengajar,
Redha dikejar,
Beruntunglah wanita yang dilihat, kalimah Allah di lidah terpahat,
Berbahagialah wanita yang diuji, merasa diri sering diperhati,
Malu menjadi pendinding diri,
Kerana pandangan hati lebih utama,
Pandangan Tuhan segala-galanya,
Maka Hijabkan dirimu, Pelihara amanahmu,
Itulah kecantikan yang abadi,
Itulah kebahagiaan yang dicari,
Insya-Allah, ya Rabbal Alamin..