Jumaat, 20 September 2013

Si Budak Chemist


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdullilah FRIDAY again,

cuaca yang sangat baik,sampaikan malam tadi aku x sedar langsung.
Mungkin penat sangat and  perut meragam.
Serius,aku rasa mcm dah lama x makan nasi.
Baru dua hari,dah rasa mcm seminggu tak makan.

ok tutp pasal KELAPARAN aku..
kang aku bebel kang,puas plak nak tadah air liur.
Minggu ni too many problems+ cabaran +dugaan yang aku face.
Siapa yang sempat baca entry aku before this,
untunglah..hahah
Actually,aku dh padam pun entry tu,
Mana taknya,I got many message from kawan2,BFF (ni bukan boy friend k!),semua dok tanya aku,

*****************
"Why ? Why  Kinah?"
*****************
Mungkin selama ni dieorng tngok aku jns senyap,tetibe pappppp jadi sedih camtu.
Semua dok korek,dok tnya.
Jalan penyelesaian,aku ialah  padam entry tu.
Biarlah dia berkubur dlam RECYCLE bin~~ ngeegeeg..

Aku tak anggap Kehadiran "Perasaan" ini satu masalah,
Tapi normal la kan,ada perasaan.
tambah2 umur aku yang budak2 ni approximte nk masuk 21,
memang sedikit sensitif kot.
But its ok,
Aku ambik sebgai Cabaran!

Full stop..
--------------------------------------------------------------------

Tutp cerita pasal Perasaan ni,
Jom bukak cerita pasal si budak chemist.
Semalam lepas puas nangis dek pasal ptptn,
aku ada lab session,
Experiment pasal periodic table,
Actually aku takut nak buat experiment ni,yerla bhan chemical takut sikit kan.


But dngan izin Allah,Finally dapt gak setel kan lab untuk semlam,before that aku nak tnya korang.
Cuba teka apa bende ni?

Ini ialah Goggles,Ntah la betul ke x ejaan dia,
As a future CHEMISTS,Aminn 
Setiap kali experiment kitaorng kene pakai bende alah ni,aku rasa aku mcm orng jepun kot pakai bende ni,(perasan jap.hahah)





Actually aku rasa bersyukur sangat dapat masuk course ini,walaupun tak sehebat as Medic,Dentist or Farmasi,Tapi aku rasa chemistry ni paling best,
Sebb Prof cakap,
"Chemistry is the central of Snc"
Ye dop??
Dan aku yakin apa yang Allah bagi ni adalah yang terbaik buatku..

untuk Pengetahuan korang,
Course ni ialah course baru kat uia.Kira Uia baru buka.
Bachelor Of Snc (Applied chemistry),
Ada 3 concentration,

******************************
Halal Haram Food
Medicinal Chemistry
Occupational safety and Environment

*******************************

Since kami adalah the First Batch (Batch 131),
So,kami memg disayangi oleh Prof2 disini,Ececceehh
Just Joking ^_^

Maka terciptalah satu Organisasi Penting untuk mengukuhkan lagi ukhwah diantara kami,
Lupa nak bgthu,Intake student kali ni only 40 , tapi dah ditambah mnjadi 43,
Ada senior yang tukar course from biomedic ke chemistry,


═══════════════════
Organisasi Batch BSCH 13/14
═══════════════════
█▓▒░ BATCH LEADER ░▒▓█
Ahmad Jazmi bin Abdul Rahman


█▓▒░ ASST. BATCH LEADER ░▒▓█
Akmal Murni

█▓▒░ SECRETARY ░▒▓█
Dayang Fatin Nadhirah

█▓▒░ TREASURER ░▒▓█
Nur Aisyah Syafiqah Murat

▓▒░ DISCIPLINE & DA'WAH BUREAU ░▒▓
► Muhammad Shafizal
► Anis Hamizah Hamid

▓▒░ SPORTS & RECREATION BUREAU ░▒▓
► Fazleen Faridz
► Muhammad Atif

▓▒░ WELFARE & PROMOTION BUREAU ░▒▓
► Norsakinah Ideris

▓▒░ EDUCATION & TRAINING BUREAU ░▒▓
► Hidayah

▨▨▨〖 CLASS SUBJECT REPRESENTATIVE 〗 ▨▨▨
▣ Organic Chemistry I : Anys Dinys
▣ Inorganic Chemistry I : Lutfi Azmi
▣ Concepts in Physics : Adib
▣ Mathematics for Chemists I : Afiq Luke Man



Alhamdullilah,aku tercalon untuk involve dlm organisasi ni,
Welfare and Promotion Bureu ^_^
Mungkin nama aku femes kot diklngn budak2 chem,(Ok!ni lagi la perasan nya.hahha,Istighfar jap =))


Ok guys,Aku nak g solat jap kat surau and after this ada halaqah.
Tajuk :"Mahalnya Aku"

Aku rasa mungkin tajuk ni sesuai sangat dngan aku,so for the next time kena berhati2 =)

Alhamdullilah,selesai sudah solatnya,
Next entry sakinah akn update topic halaqah ok!

Bagi aku,Yang paling best kat dalam UIA kuantan ni,ialah MASJID dia.
Masjid dia besar kot,macm masjid terapung gitu.
Now,aku selalu paksa diri aku if aku mals ke masjid,sebab kat masjid je I found myself.
Cewahhh...haritu,mula2 g masjid,sorang2 je,
pastu ajak sham,sekarang berdua,next time nak ajak ramai lagi g masjid.

Alhamdullilah,harini Aku rasa hepi sikit,sebab baru je balik dari halaqah and Alhamdullilah Quiz CALCULUS dapat full mark,
Alhamdullilah2x.
Ni bukan nak berlagak ke apa,tapi just nak bg aku semangat untuk face masalah aku lepas2 ni ^_^

Jalan kerja punyerlah panjang,Total mark hanyalah 0.5%


 Last But not Least,


Sometime,orang nampak aku senyap,hepi go lucky,ceria x mudah menangis,
But Deep in My heart,Hanya Allah saja yang tahu cerita hati aku.
Mugkin aku yang bnyak main dengan perasaan dan sebenarnya apa yang aku rasa ni adlah sementara.
You need a strength Sakinah!!

Aku tertarik dengan kata2 ni,
Rintihan taubat Nabi Yunus A.S.

"Tidak ada Tuhan melainkan-Mu (duhai Allah).
Maha suci Dikau (duhai Allah).
Aku adalah orang yang zalim."
(Al-Anbiya', 87)

Orang soleh sentiasa menginsafi kedudukannya di sisi Allah.
Sentiasa sedar diri.
Moga 'rasa' ini tidak tercabut dari hati kita.

"Dear sakinah,Umur kamu baru nak masuk 21,
perjalanan mu masih panjang,
Kejarlah cinta Allah,
Jadilah Wanita yang solehah,
Yang taat kepada Kedua Ibu Bapa,
Yang mencintai Allah dan Rasul S.A.W "

Aku tertarik dengan kata2 seorng hamba Allah ni pada ku,
"La tahzan Ya Ukhti,
Jadilah seperti Mariam,yang tabah menghadapi dugaan"


Ok,Out dulu,
Terimas,Arigato kerana sudi membaca luahan hati Norsakinah Ideris.


Yang Ikhlas,
Norsakinah Ideris





Isnin, 16 September 2013

-UIAM Kuantan-




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah,entry kali ni,
aku akan cerita kan sikit pasal life kat UIAM kuantan,
bersedialah wahai adik2 yang bakal masuk uiam kuantan next september.hahah(gelak jahat).
Ok,istighfar jap.

Since,aku dah pernah datang UIAM kuantan dulu,so,takdelah terkejut sangat bila datng for kali kedua,tapi aku terkejut sikit bila mana tahu kulliyah and mahallah tersangatlah jauh.
SERIUS Jauh!

Kat sini,time lunch kebiasaanya kami akn makan kat kulliyah of Pharmacy or medicine,sebabnya kulliyah aku takde cafe.
Jarak antara mahallah ke kulliyah 1.4 km.bagi aku jauh la,tak thu la bg korang cmne kan.

Ni lah borang2 time nak registeration
Untuk makluman korang,Taaruf Week only 3 days,sekejap but pack sangat.
Tema kali ni warna merah,Tshirt and baju batik pun =)

Baju batik Merah untuk Batch 131

Ni lah baju paling aku suka,sebab baju ni besar and longgar,Tshirt taaruf week kali ni.


Now,tutp cerita pasal Taaruf Week.
Habis je Taaruf Week haritu,
Keesokan hari nya kitaorang keluar ke bandar cari barang2 keperluan.
kat sini,bandar agak jauhlah,so,kitaorng just call senior2 yang buat delivary.
sehala dalam RM7 camtulah.

Ni time kat ECM,aku nak cari coklat tiramisu,tapi mahal plak.


One Of My Bestie,Zulidayu


Seriously,I like this PIC huhuhu

The Next Sunday,Kitaorng keluar makan kat Ana Ikan Bakar,which is located at Tanjung Lumpur,
Sebab kat sini,kalau tnya senior2,dieorng akan cakap,
"Ha,kat ana ikan bakar best!"


He,We go!Seriously berbaloi sngat makan kat sini!

Inilah semua bestie2 kesayangan aku,I love them,
dan of course aku rasa dieorng pun syang aku.muahahah


And yang paling bestnya,Surau pun disediakan gak,
So,dapatlah kitaorng berjemaah ^_^
Indah kan ukhwah!


Now,bermulah kehidupan aku as first year student snc yng tak berapa sibuk buat masa nilah =='

Organic Chem ^_^



Last but not least,Walaupun orang nampak aku happy go lucky,but deep in my heart,hati aku sedang menangis.
Ok,nak out dulu
Bye!


Yang Ikhlas,
Norsakinah Ideris





Rabu, 28 Ogos 2013

Luahan Hati [PART 3 ]



Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah,Syukur pada Allah kerana selalu disampingku setiap saat.
Alhamdullilah

This week aku rasa aku bnyak sedih,
Kesedihan aku dirasai sendiri oleh sahabat2 aku.
Pada suatu malam tu,I got message.

Dalam message bnyak dengan kata2 nasihat and sahabat tu pesan,jika kita sedih dengan dugaan di dunia or penat dngan segala dugaan yang kita hadapi,Renung2 kanlah kisah Maryam.

Dan aku pun mula baca and mendalami kisah maryam dan anaknya Nabi Isa.
Seriusly aku memng tak sekuat Maryam,Bidadari Syurga.
Satu2nya Ujian yang aku berat sekali ialah perasaan.

Dan Sahbat tu pesan lagi,andai awak penat dngan dunia ni,Bngunlah malam sellu,mengadulah pada Allah.
Ye,mmg aku penat,namun aku teruskan jugak.
Sebab Aku tahu,bila aku lemah,aku semakin dekat pada Allah.


Tapi ini kan dah takdir Allah,Allah dah tentukan segalanya.
Hadiah yang terbaik buat diriku.

Semoga Allah memaafkan aku ketika berbuat dosa,
Aminn.
Mungkin ini yang terakhir,Semoga Allah memberi pertunjuk.



Istimewa BuatMu-RAIS-

Kau tinggalakan keluarga tercinta,
Berangkat ke Timur bersama duka,
Bersemuka Malaikat berupa manusia,
Membawa pertusan dari Yang Maha Esa.

Gementar cemas segera bermula,
Rancak debaran memuncak di dada,
Bagaimana dapat Ku kandungi Isa,
Ku masih suci belum berpunya.

Di pohonan tamar dudukmu keresahan,
Lahirlah Isa dengan izin Tuhan,
Terlupa walau sekelumit kesakitan,
Rahmat dan nikmat selubungi badan.

Kau gendong bayi yang kemerahan,
Peristiwa pelik mula dihebohkan,
Berlaku pendebatan cemuh-cacian,
Pasrah kau hadapi bertambah keimanan

Ketabahanmu Maryam...
Lambang keagungan wanita Islam,
Dugaan mendatang tak jua hatimu kelam,
Biar badai melanda kau sentiasa tenang,
Biar lautan bara tetap kau renang.

Oh...Ya Allah,
Terlalu banyak ku hadapi dugaan
Hingga tak terlarat ku dilipkulkan (Rintihanmu didengari Tuhan),
Bersuara Si Kecil memberi jawapan,
Melerai segala kusut persoalan (Terbongkar rahsia keagungan Tuhan).

Sebuah dalam al-Quran,
Kisah ketabahanmu telah diabadikan,
Sungguh teguh imanmu Maryam,
Biar berjuta belati menikam... Iklan
Jadwal Sholat Elektronik
Belajar Quran dengan Sekali Sentuh



Yang Ikhlas,
Norsakinah Ideris

Sabtu, 24 Ogos 2013

Luahan Hati [ PART 2 ]


Assalamualaikum w.b.t

Cukuplah dalam diamku...
Sungguh diam itu amatlah berharga. Dengan diam cintamu akan tetap terjaga kesuciannya, sebab kau inginkan cintamu menjadi cinta yang hakiki dan menjadi cinta yang abadi. Berharaplah kepada-Nya agar menjodohkanmu dengannya, ikut sertakan ia dalam setiap sujud dan doamu. Agar dirinya senantiasa istiqomah, selalu mengalami peningkatan, dan dijauhi dari hal-hal yang dapat menjerumuskannya dalam lembah dosa.

Aminn

Dalam diam ada kekuatan yang besar...ada pengharapan yang begitu kuat yang tentunya berharap kepada-Nya Sang Maha Cinta. Bahagiakah dirimu jika seandainya seseorang yang selama ini kamu kagumi akhirnya dijodohkan denganmu? Dan ternyata ia juga sepertimu, mencintaimu dalam diamnya. Sungguh bahagia yang tak terkira pastinya.

Aminn

Jiika kamu mencintai maka belajarlah untuk mencintai seseorang yang nanti akan kau nikahi, jika kamu mengangumi maka belajarlah untuk mengagumi seseorang yang nanti akan kau nikahi, jika kamu menginginkan ia sepertimu Mencintaimu dalam Diamnya maka berharaplah kepada-Nya agar penantian panjangmu dan cintamu yang terdiam dapat berbicara penuh cinta dalam indahnya Akad pernikahan..
Aku masih ingat kata2 kawan2 ku,
"Mencintailah seseorang secara sederhana"

Aminn

Jom playback balik balik kisah Fatimah dan ALi ? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah.
 Apakah dirimu tidak menginginkah hal tersebut?
 Jika saat ini kamu merasa belum mampu untuk mengajaknya mengarungi bahtera rumah tangga, maka tetaplah cintai ia dalam diammu. jangan Khuatir kehilangannya.  
Bukankah rezeki yang Allah berikan tak pernah tertukar?

Aminn

Janganlah bersedih jika seandainya seseorang yang kamu kagumi pada akhirnya tidak berjodoh denganmu, mungkin saja ia bukan orang yang tepat buatmu.
 Bukankah lebih baik dirinya menikah dengan pemuda yang baik dan dalam keadaan yang baik pula. Daripada harus menunggu sesuatu yang belum pasti darimu. 
Bukankah itu lebih baik?

Aminn

Semoga Allah menjodohkanmu dengan seseorang yang selama ini kamu kagumi... dan berharaplah ia pun sepertimu...


Mak selalu berpesan :
"Jangan berharap sangat pada bende yang belum pasti,mengislah pada Allah,dia bukan milik kamu,dia hanyalah Milik Allah s.w.t"


Semoga Allah permudahkan.


Jumaat, 23 Ogos 2013

Ukhwah Itu Indah



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdullilah,Just a few day left,dan saya akan kembali menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak,seorang pelajar,seorang muslimah,dan pastinya hamba Allah.

Entry kali ini,saya lebih tekankan pada Ukhwah.
SubhanAllah,Maha Suci Allah,Ukhwah itu tersangatlah indah ia terjalin dngan penuh kasih sayang dan RedhaNya.

*******************
UKHWAH

*******************
Apa itu Ukhwah Islamiyyah?
Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. 
Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. 

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” 
(Al Anfaal ayat 63)

SubhanAllah,tatkala baca nota2 cinta ini,terdetik hati ni dengan perasaan pilu.
Antara kata2 yang buat saya tersentuh ialah sebagaimana 
yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).


Saya selalu ingatkan diri ini,
Diri yang sering lalai dan sentiasa melakukan dosa.
"Sakinah,Bila mana kamu mahu melakukan satu perkara,Ingat lah dua perkara Di dunia mahupun Akhirat.
Jagalah hati dan perasaan sahbat kamu,
Merekalah cinta hati kamu"

Indahnya Persahahabatan andai ia terjalin dngan penuh kasih sayang, jujur dan dibawah RedhaNya.
Semoga hati ini sentiasa mencintaimu,duhai SAHABTKU.






Bersama adik2 usrah and Our Naqibah
Universiti Malaya.
#Miss This Moment








Terima Kasih Sahabat kerana kasih sayangmu.


Ukhwah Fillah Abadan Abada.
Semoga kita bertemu di Jannah.
Aminn.


Yang Ikhlas,
Norsakinah Ideris
Milik Allah sepenuhnya ^_^



Selasa, 20 Ogos 2013

Luahan Hati [ PART 1 ]


Assalamualaikum w.b.t

Entry kali ni lebih pada luahan hati aku sendiri.
Dan aku bhasa "aku" dlm entry kali ini,mungkin untuk ditujukan pada diriku sendiri.
Rindu nak nangis kat irni
Aku dah puas nangis,mungkin aku tak ikut jalan Allah.Ya Allah cepatkanlah masa aku nak balik Uia.
Aku sendiri rasa jiwa aku mati sejak aku balik.Rohani aku sakit sangat,dah lama tak bagi makan.
Aku rindu nak usrah ngan akak2 senior,aku rindu nak rasa kasih sayang mereka,
aku rindu nak nangis kat Irni,rindu nak dngar teguran dari Hana,rindu nak halaqah bersama2 dngan mereka.
Aku rindu Nini,Aisyah,Siti,roomate2 aku.
Dieorng yang bnyak mnjaga aku.
Aku capai diari,aku tulis surat kat Allah.

"Kenapa Allah tak jaga aku?"

Too many question I ask Him.
Thrn menangis je solution yang aku jumpa.
Aku istighfar banyak2,Lastly I got the answer.
"Ya Allah dia pergi sebab kematian itu semakin menghampiri."
"Terima Kasih ya Allah kerana Engkau ingatkan aku bhawa dunia ni sementara sahja"
"sibukanlah aku dngan bnde2 yang baik agar aku tak nangis dah"


"Fi Hifzillah"...li qolbi hunaka fii al ardhi.. 
Aku memilih untuk sibuk berbenah diri dan menjaga diri ini..
Belajar dari semua yang telah terjadi..


Last but not least,

“Mana mungkin aku menolak kehadiranmu, sementara namamu telah hadir sebelum aku menarik nafas pertamaku”
Semoga Alah memaafkan aku ketika aku bersalah.

Yang Ikhlas,
Norsakinah Ideris

Isnin, 12 Ogos 2013

Application "KEEP CALM AND______"

                       

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah TODAY IS 5th SYAWAL.
Ramadhan dah pun pergi meninggalkan kita semua.




Harini saya nak share ngan korang dngan satu application yang memg best and menarik ^_^

"KEEP CALM"
Application ni boleh didownload melalui Android market @ Play store.
Ikut la android korang berapa and Phone apa,


Last but not least,Enjoy this picture ye.
KEEP CALM and Bla..Bla..





My Twitter @Norsakinah93





Ikhlas,
Norsakinah Ideris