Ahad, 30 Jun 2013

1 month as a SECURITY SK Temerloh Jaya

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah2x
Harini genap sebulan saya bekerja di SKTJ.Alhamdullilah wonderful day.
Hari2 yang dilalui tersangatlah bahagia, semoga Allah meredhai setiapa pekerjaan yang saya lakukan.

Actually,sebelum habis exam lagi,saya memang berhasrat nak kerja.
Alhamdullilah,Allah perkenan kan doa saya.

"Ya Allah,kau permudahkanlah urusan aku,jika aku berpeluang untunk bekerja,berikanlah aku pekerjaan yang menutup aurat,yang dapat mnjaga solatku"

01062013

Bermulanya kehidupan saya seorang pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya.
Alhamdullilah,hadiah Allah tersangatlah besar & Allah tahu apa yang terbaik buat hamba2Nya.

Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang zahir dan batin,yang terungkap dan tidak terungkap,yang nyata dan tersembunyi,yang kita semua tahu dan tidak tahu.

Saya teringin berkongsi dengan korang semua ayat2 Al-Quran,
I found from MENCARI CINTA AL-KHALIQ by Hj.Afifi.

"Allah mengetahui apa2 yang dihadapan dan di belakang mereka.Sedangkan mereka tidak mengetahui apa2 yang dihadapan dan dibelakang mereka,sedangkan mereka tidak mengetahui apa2 daripada ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki."    -Al-Baqarah 2:255

Sebenarnya, apa tugas seorang pengawal keselamatan??



************************************


Seorang pengawal keselamatan sebenarnya mnjaga sekolah,peralatan2 sekolah,mengawas pergerakan murid ketika datang dan balik sekolah.

Waktu kerja 0700 AM- 0700 PM

Simple kan?memang simple,boleh gemuk kot,mana taknya,kerja security,pergerakan tak banyak sangat.
Tapi,

yang bestnya.I got many 'HADIAH'..
Allah hadirkan mereka menghiasi hati yang duka lara..
Setiap ketawa mereka , xdapat dibalas dngan apa2 pun..















Kad Kuasa Pengawal Keselamatan A8851

Dieorang pun selalu hantar surat2 =)


Inilah hadiah yang Allah bagi..
Bersyukur dengan apa yang diberikan walaupun kerja ni x seberapa tinggi or memerlukan kelulusan.

Sekolah ni dekat je dengan rumah x sampai 2 minit pun,gaji dia more than 1k,boleh balik nak makan or rehat,boleh gilir2 tidur,and bebas mnggunakan henfon or lappy.dan macam2 lagi.SubhanAllah,nikmat besar yang Allah bagi.
#ThanksAllah

Sebelum catatan ni berakhir,Jom kita renung2kan Ayat ni

"Dan Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah dsamping keimanan mereka (yang sedia ada).."  -Al-Fath 48:4

Apa2pun permintaan kita,hajat atau permintaan..
Luahkan lah pada Sang Khaliq,Allah S.W.T..
Berdua-duaan la dnganNya..
Semoga Allah perkenankan hajatmu =)


Ikhlas,
Norsakinah Ideris

Selasa, 18 Jun 2013

Ingin Mencari Jodoh? Find the solution!

Assalamualaikum w.b.t

Korang mesti pelik kan dngan tajuk kat atas?
Eh,saya ke nak cari jodoh?hohoho
Just nak share for those yang nak khawin but takde pasangan lagi.


Recently I found dua website yang sangat bagus untuk para muslimin dan muslimat yang nak serius nak cari jodoh @ pasangan,



**************************************

BAITULMUSLIM


TEMANHIDUPKU




Dua Website ni agak bermanfaat,since kita dapat berkenalan dengan kenalan2 lain,InsyAllah segala maklumat dirahsiakan.Adab2 and ikhtilat pun terjaga.
Ada ahli biasa and Ahli premium (dikenakan bayaran).For more information,boleh layari  web tersebut.


p/s : kalau nampak profil saya kt dua2 web ni,abaikan yer =)




SALAM UKHWAH,