Jumaat, 23 Ogos 2013

Ukhwah Itu Indah



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdullilah,Just a few day left,dan saya akan kembali menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak,seorang pelajar,seorang muslimah,dan pastinya hamba Allah.

Entry kali ini,saya lebih tekankan pada Ukhwah.
SubhanAllah,Maha Suci Allah,Ukhwah itu tersangatlah indah ia terjalin dngan penuh kasih sayang dan RedhaNya.

*******************
UKHWAH

*******************
Apa itu Ukhwah Islamiyyah?
Ukhwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt. 
Dia melontarkannya kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci. 

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” 
(Al Anfaal ayat 63)

SubhanAllah,tatkala baca nota2 cinta ini,terdetik hati ni dengan perasaan pilu.
Antara kata2 yang buat saya tersentuh ialah sebagaimana 
yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:
“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).


Saya selalu ingatkan diri ini,
Diri yang sering lalai dan sentiasa melakukan dosa.
"Sakinah,Bila mana kamu mahu melakukan satu perkara,Ingat lah dua perkara Di dunia mahupun Akhirat.
Jagalah hati dan perasaan sahbat kamu,
Merekalah cinta hati kamu"

Indahnya Persahahabatan andai ia terjalin dngan penuh kasih sayang, jujur dan dibawah RedhaNya.
Semoga hati ini sentiasa mencintaimu,duhai SAHABTKU.






Bersama adik2 usrah and Our Naqibah
Universiti Malaya.
#Miss This Moment








Terima Kasih Sahabat kerana kasih sayangmu.


Ukhwah Fillah Abadan Abada.
Semoga kita bertemu di Jannah.
Aminn.


Yang Ikhlas,
Norsakinah Ideris
Milik Allah sepenuhnya ^_^